Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Awam
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Studies) merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif KBSM yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam, pelajar juga didedahkan kepada kerjaya yang ada hubungkaitnya dalam bidang ini. Antara komponen utama yang akan dipelajari termasuk Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran.
Objektif:
- Memahami kepentingan mata pelajaran dan kaitannya terhadap kehidupan seharian.
- Mengetahui dan mengamalkan peraturan keselamatan dan undang-undang di tapak pembinaan.
- Memahami proses pembinaan dalam Kejuruteraan Awam.
- Mengenalpasti bahan binaan, penggunaan dan ciri-cirinya.
- Mengenalpasti komponen struktur dalam Kejuruteraan Awam.
- Memahami prinsip asas terhadap ukur kejuruteraan, penggunaan dan lapang ukur.
- Mengenalpasti ciri-ciri dan jenis tanah seperti kajian tanah.
- Mengetahui dan memahami sistem pengangkutan, binaan jalan raya dan papan tanda lalulintas
- Mengetahui punca air dan memahami proses pemulihan air.
- Mengetahui dan memahami sistem dan rawatan kumbahan.
- Memahami prosedur kontrak dan pengiraan kos binaan yang asas.
- Meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar; menimbulkan minat dalam kajian dan mengambil tindakan berdasarkan fakta.
Sukatan Pelajaran
Bab 1.0 INTRODUCTION TO CIVIL ENGINEERING STUDIES
Bab ini menerangkan tentang definisi Kejuruteraan Awam, bidang dalam Kejuruteraan Awam dan kesan pembangunan ke atas alam sekitar dan sosio ekonomi.
Bab 2.0 SAFETY
Tajuk ini menerangkan tentang kemalangan dan peraturan keselamatan di tapak bina.
Bab 3.0 CONSTRUCTION
Tajuk ini menerangkan tentang proses pembinaan, pihak berkuasa yang terlibat dalam pembinaan dan kakitangan teknikal yang terlibat dan peranannya dalam pembinaan.
Bab 4.0 CONSTRUCTION MATERIALS
Tajuk ini menerangkan tentang bahan-bahan utama yang digunakan dalam sektor pembinaan.
Bab 5.0 ENGINEERING SURVEY
Tajuk ini menerangkan tentang tujuan dan kaedah kerja ukur dalam Kejuruteraan awam.
Bab 6.0 GEOTECHNICS
Tajuk ini menerangkan tentang pengelasan tanah, jenis tanah, faktor yang mempengaruhi kekuatan tanah, faktor pemilihan asas, jenis cerun dan faktor yang mempengaruhi kegagalan cerun.
Bab 7.0 TRANSPORTATION SYSTEM, HIGHWAY ENGINEERING AND TRAFFIC SIGNS
Tajuk ini menerangkan tentang sistem dan mod pengangkutan, jenis-jenis turapan, proses pembinaan jalan raya, penyaliran, perabot jalan, pengenalan lampu isyarat dan kaedah menentukan jangka masa lampu isyarat.
Bab 8.0 CIVIL ENGINEERING STRUCTURE
Tajuk ini menerangkan tentang jenis struktur, definisi, fungsi dan konsep binaan komponen struktur dalam bangunan dan daya di dalam rasuk disokong mudah.
Bab 9.0 WATER SUPPLY AND RESOURCES
Tajuk ini menerangkan tentang sumber bekalan air, pengambilan air ke loji rawatan, olahan air, pengagihan air, komponen paip utama dan aliran bendalir.
Bab 10.0 SANITATION SYSTEM
Tajuk ini menerangkan tentang sistem pembentungan najis dan air sisa dan rawatan kumbahan.
Bab 11.0 CONTRACT PROSEDURES AND ESTIMATION
Tajuk ini menerangkan tentang jenis tawaran, proses tawaran, jenis kontrak, kaedah dan unit pengukuran, jenis kos, membina kadar kos, kaedah taksiran dan kaedah senarai kuantiti.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Politeknik
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Institut Kemahiran Mara (IKM)
- Kolej Komuniti
LALUAN KERJAYA
- Perancang Bandar dan Wilayah
- Arkitek
- Jurutera Awam
- Jurutera Mekanikal
- Jurutera Elektrikal
- Juru Ukur
- Juru Ukur Bahan
- Pembantu Teknik
- Juruteknik
- Pelukis Pelan
- Pekerja Mahir

